FAQ

Hits: 932

SOALAN-SOALAN LAZIM

UNIT PENTADBIRAN

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rumah Kerajaan?
    Rumah Kerajaan merujuk kepada rumah yang dibina/ dibeli/ disewa oleh Kerajaan dan mempunyai kemudahan bekalan air bersih, elektrik, sistem kumbahan, sistem pembentungan serta mempunyai jalan masuk.
  • Terdapat beberapa jenis Rumah Kerajaan iaitu:
    • Rumah Biasa Kerajaan
    • Rumah Khas Jabatan
    • Rumah Khas Jawatan
    • Kediaman Penjawat Tinggi Kerajaan
    • Rumah Kediaman Luar Negeridan Mes/ berek/ asrama

  • 2. Adakah Kerajaan bertanggungjawab menyediakan Rumah Kerajaan kepada setiap anggotanya?
    Tidak. Pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakan kemudahan perumahan kepada anggotanya kecuali bagi jawatan yang tertentu yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan,Rumah Khas Jabatan, Rumah Kediaman Luar Negeri, Rumah Rasmi Penjawat Tinggi termasuk rumah bagi anggota Polis, Tentera, Penjara dan Bomba.

    3. Adakah seseorang yang menduduki Rumah Kerajaan layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan?
    Tidak. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996, seseorang pegawai yang duduk di Rumah Kerajaan tidak dikenakan sewa rumah dan tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan. Imbuhan Tetap Perumahan adalah dianggap sebagai ganti sewa rumah kerana menduduki rumah Kerajaan. - (Merujuk kepada surat KSU KKM rujukan (8) dlm. KKM-61(2916) Jld.3 bertarikh 30 Januari 2015).

    4. Bilakah seseorang yang telah bersara mesti mengosongkan Rumah Kerajaan / Kuarters yang didudukinya?
    Mengikut Perintah Am 33 Bab “E”, seseorang pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut pada hari terakhir beliau bekerja sebelum bersara melainkan diberi kebenaran seperti dalam kes Perintah Am 33(b) & 33(c) Bab “E”.
    Perintah Am 33(b) - seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas Jabatan atau Jawatan semasa bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya.

    Bagi tujuan Perintah Am ini, seorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir bekerja.
    Perintah Am 33(c) menjelaskan bahawa seseorang pegawai yang mendiami Rumah Khas Jawatan atau Jabatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari terakhir bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu atau pun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari.

    5. Jika lebih daripada seorang berkongsi sebuah rumah bagaimanakah cara bayaran sewa rumah tersebut?
    Semua pegawai dalam rumah tersebut tidak layak menerima ITP dan tidak dikenakan sewa rumah.

    6. Apakah kaedah potongan bayaran menduduki rumah kerajaan bagi pegawai bertukar masuk.
    Tuntutan bayaran kuarters akan dikenakan melalui potongan gaji sehingga sijil gaji akhir diterima oleh Unit Sumber Manusia serta proses penyelarasan gaji / elaun dibuat. (Proses Kew.8) Jumlah tuntutan bayaran balik elaun kuarters ini akan dipotong sekaligus dalam tempoh yang akan ditetapkan tanpa notis lanjutan. Sila lengkapkan Slip-Akuan Bayaran balik Kuarters.
    1. Bolehkah surat-surat peribadi dihantar melalui jabatan?
    Surat-surat peribadi dibenarkan dihantar melalui Bahagian Khidmat Pengurusan tetapi pihak Hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, sekiranya berlaku. (Sumber : Arahan Pengarah Hospital Bil. 35 bertarikh 16 Jun 2015)

    2. Bolehkah ketua jabatan menandatangani semua surat-menyurat ke luar jabatan (organisasi lain)?
    Surat-menyurat ke luar jabatan berkaitan Sumber Manusia / Pentadbiran hanya boleh ditandatangani oleh Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital atau Penolong Pengarah sahaja. (Sumber : Hebahan Penolong Pengarah melalui emel bertarikh 19 Februari 2014)

    3. Bilakah surat-surat masuk diedarkan kepada penerima?
    Seboleh-bolehnya semua surat-surat masuk melalui Pengarah Hospital akan diedarkan pada hari sama surat diterima. Walau bagaimanapun, mana-mana surat yang diterima selepas jam 3 petang akan diedarkan selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya.
    1. Berapa lamakah tempoh dibenarkan untuk menghantar permohonan?
    Permohonan keluar negara perlu dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan selewat-lewatnya 4 minggu dari tarikh perjalanan agar proses semakan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini kerana arahan melalui surat pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh perjalanan bagi kelulusan di peringkat KKM. (Sumber : SP KSU KKM Bil. 1 Tahun 2015)
    1. Bolehkah cetakan/salinan bagi tujuan peribadi dibuat di Bahagian Khidmat Pengurusan?
    Tidak. Sebarang cetakan/salinan bagi tujuan peribadi seperti buku-buku rujukan, dokumen sokongan tuntutan, dsb., adalah DILARANG sama sekali sebagai pematuhan terhadap arahan perbelanjaan berhemah jabatan. (Sumber : Arahan Pengarah Hospital Bil. 27 bertarikh 27 Januari 2015)
    1. Saya ingin menempah penggunaan bilik mesyuarat melalui telefon, adakah ia dibenarkan?
    Tidak. Sebarang permohonan tempahan kemudahan di HEBHK perlulah menggunakan Borang Permohonan Kemudahan dan Tempahan Makan Minum (BK/HEBHK/UK/116 Pindaan2/2015). (Sumber : Hebahan Penolong Pengarah melalui emel bertarikh 25 Februari 2014)

    2. Bolehkah saya menempah makan minum bagi mesyuarat unit saya?
    Tidak. Hanya mesyuarat utama jabatan seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Permohonan Makan Minum (HEBHK/98/100-3-118 (9)) sahaja dibenarkan untuk menempah makan-minum. (Sumber : Hebahan Penolong Pengarah melalui emel bertarikh 25 Februari 2014)
    1. Saya seorang Pegawai Perubatan Pakar. Tugas saya memerlukan saya perlu dihubungi tanpa gagal oleh wakil hospital. Bolehkah saya memohon kemudahan speed dial?
    Boleh. Semua ketua jabatan/unit dan jawatan klinikal terutamanya yang dikehendaki bertugas atas panggilan digalakkan memohon kemudahan ini. Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Speed Dial (BK/HEBHK/UK/627).
    1. Unit saya kehabisan bekalan alat tulis, bolehkah wakil jabatan/unit mendapatkan bekalan serta-merta?
    Tidak. Semua jabatan/unit telah dimaklumkan untuk membuat unjuran keperluan bekalan alat tulis setiap 3 bulan (suku tahun). Permohonan secara adhoc adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan pengeluaran tidak terancang yang boleh menjejaskan kadar pusingan stok jabatan. (Sumber : 1PP (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan))

    2. Bolehkah saya mendapatkan bekalan alat tulis secara lisan melalui telefon? Permohonan alat tulis secara lisan tidak akan diproses kerana semua permohonan perlu dibuat melalui borang Kew.PS-10 atau Kew.PS-11. (Sumber : 1PP (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan))
    1. Siapakah yang layak memohon kad akses jabatan dan bilakah boleh diperolehi?
    Kad akses jabatan hanya boleh dimohon oleh pegawai setelah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan / Unit bahawa tugas mereka memerlukan mereka untuk mengakses ke beberapa tempat terkawal. Kad akses yang telah diluluskan oleh Unit Keselamatan akan diserahkan kepada pemohon selewat-lewatnya 1 minggu dari tarikh memohon.

UNIT SUMBER MANUSIA

UNIT KEWANGAN

UNIT HASIL

UNIT ASET DAN PEROLEHAN

UNIT KESELAMATAN

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang
Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini: Mozilla Firefox 4, Google Chrome atau Internet Explorer 10.0 ke atas, dengan resolusi melebihi 1024 x 768
Kemaskini terakhir : 5 Ogos 2018